Wednesday

Pengerusi Persatuan Kompang kontemporari























Nama diberi Ustaz Dzuan Aizad Bin Mohd Noor.

Beliau lebih mudah dan mesra dikenali dengan nama "Po-yi"

Belaiu adalah anak negeri sembilan.

Nama po-yi ini adalah sempena lagu yang memang sinonim dengan negeri sembilan iaitu..

"po-yi" pokan(2x)
naik basika(2x)
tongah hari(2x)
tongah paneh(2x)

Umur saudara dzuan aizad adalah 20 tahun.

Sekarang Ustaz Dzuan Aizad berkursus dalam bidang bahasa arab iaitu dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Bakal Ustaz ini amat mesra dan mudah didekati oleh semua orang dan sekarang beliau amat disegani dan masyhur di IPIS dek kerana pelbagai sumbangan dan keringatnya dalam bidang seni dan kebudayaan di IPIS iaitu dengan menubuhkan pekomperi.

Setahun lebih kepimpinan beliau dalam pekomperi sudah cukup menampakkan kecemerlangannya dalam bidang kepimpinan ini.

Beliau bukan sekadar pengerusi persatuan..


malah beliau jualah yang menjadi jurulatih kepada pelbagai persembahan dalam pekomperi.

Kepakarannya dalam seni kompang memang tak dapat dinafikan


kerana beliau memang pemain kompang sejak kecil lagi

Beliau amat meminati muzik dan dan amat komited dalam muzik tadisional dan juga kontemporari( seimbang)

Antara kenangan besar berkenaan dengan beliau adalah menjadiPengarah konsert bagi Konsert Muzikal Pekomperi


Konsert Muzikal Pekoperi IPIS mendapat sambutan yang amat baik daripada seluruh pelajar IPIS, Pihak Pentadbiran IPIS, Pensyarah-Pensyarah IPIS, IPT di sekitar selangor, IPG2 sekityar selangor, sekolah2 berdekatan dan juga di pihak Bahagian Pendidikan Guru(BPG).

Ini telah menaikkan imej IPIS dan menjadikan BPG amat kagum kepada IP Islam


Beliau amat kacak, tidak pemarah, suka berkecindan dan serius dalam kerja.

Segala aktiviti-aktiviti yang diuruskannya berjalan lancar dan amat disukai oleh semua pihak.

Dengan segala pengorbanan yang amat besar dalam pekomperi ayuhlah semua memberikan tepukan gemuruh kepada saudara pengerusi persatuan kita.






Ustaz Dzuan Aizad Bin Mohd Noor.

Thursday

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga IPIS

Buah Delima di atas bara
Diletak bersama si buah laici
Bercuti lama amatlah gembira
Tahun depan kita jumpa lagi

:: p e k o m p e r i ::


Ahli pekomperi tak dapat balik lagi kerana berjuang di Putrajaya.
Untuk Persembahan Konvokesyen j-QAF.
Doakan Semuanya berjalan lancar.


Friday

Takziah Buat Firdaus Bebet Sekeluarga



Sekalung Takziah dari pekomperi kepada Saudara Firdaus Bebet Sekeluarga di atas Pemergian Ayahndanya.

Semoga Rohnya DiRahmati Allah dan mendapat Ketenangan dan Kebahagiaan Di Alam Sana.

Sama-Samalah Kita sedekahkFatihah Kepada Allahyarham. Al~Fatihah



:: p e k o m p e r i ::

Persaraan Tuan Haji Sulung




Tarikh :30 hb Oktober 2008

Tempat :Dekat Foyer Bangunan Pentadbiran IPIS

Pekomperi :Main Kompang Untuk Majlis Persaraan dan Punch Card Terakhir Tuan Haji Sulung .

Ucapan : Selamat Bersara Tuan Haji Sulong.



















Saturday

Malam Pesona Mahabbah

Hye pembaca setie blog fs PEKOMPERI!!Kembali semula kte pada blog kali ni yg semakin hebat dan panas critenye!Kali ni seperti biaselaa…bukan main congkak,bukan main ceper,bukan main masak-masak,bukan main pondok2..tapi..main kompang dan gamelan telah kami persembahkan pada satu lagi majlis yg gilang gemilang anjuran Kolej Kediaman IPIS iaitu Majlis Malam Pesona Mahabbah.Majlis ini telah diadakan pada 31 Oktober 2008 di cafeteria asrama masing2.


PEKOMPERI telah dijemput agar membuat persembahan untuk memeriahkan lagi majlis pada malam itu.Persembahan terbahagi kepada 2 iaitu persembahan daripada ahli PEKOMPERI perempuan dan juga ahli lelaki.Ahli PEKOMPERI lelaki telah membuat persembahan Kompang Perarakan untuk menyambut ketibaan Timbalan Pengarah IPIS dan Para Warden,manakala Kompang Perasmian sebagai Sound Effect Perasmian dan Persembahan Nasyid lagu “keluarga bahagia” untuk persembahan jemputan pada malam tersebut.Sedikit masalah ketika persembahan berlangsung sehingga hampir2 tergendala persembahan tersebut tetapi ia berjaya dikawal oleh rakan2 sekeliling.Akhirnya persembahan ini berjaya dilakukan walaupun tak berpa puas hati laa…..apakan daya!nasib badan..huuu..


Tak kurang hebat juga persembahan daripada pihak perempuan PEKOMPERI di cafeteria asrama perempuan.Persembahan yang mantap dan memegunkan para penonton telah berjaya dipersembahkan kepada mereka dengan nyanyian lagu dikir puteri diiringi kompang dan gamelan.Pekena pulak ngan pakaian yang lip-lap dan scarf yg sme pesen!Tampak lbh ayu dan cun lah!wa caya sama lulaaa..Alhamdulillah,kesemua persembahan ini berjaya!perOOOt pon kenyang ngn sate beribu2 cocok!hehe..~PEACE!~

K la..kte bertemu pd coretan blog akan datang.pastikan anda tidak ketinggalan membacanya!Pelbagai crte n pengalaman yg bes2 bakal kami sajikan untuk anda semua..PAPAII…salamun’alaik..=)






























Kompang perarakan macam biasalah,, Semua yang nak main akan main, Semua Sudah pandai main dan cekap main dan tak perlu ada byk2 latihan untuk kompang. Balun sahaja sudah sedap. Kan?

Ahli pekomperi lelaki dan perempuan diasingkan. Inilah kali pertama kumpulan kompang muslimat dan muslimin tidak bersama. Kompang Perarakan perempuan diketuai oleh saudari Wan Nurul Syakirah dan kumpulan kompang muslimin diamiri oleh Pengerusi pekomperi sendiri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan baik.

Untuk persembahan pula.. Pekomperi lelaki mendendangkan nasyid. Lagunya Keluarga bahagia... Saujana. Dengan iringan konga symbal dan keyboard sahaja sudah meriuhkan suasana majlis ini.Semua penasyid pekomperi melibatkan diri kecuali Saudara Nur Hakim kerana beliau menjadi urusetia pada malam itu. Hebat!!



Persembahan muslimat pula dengarnya mantap sekali. Lagu Dikir putri dengan instrument gamelan amat memukau semua penonton. Dilagukan ala-ala dikir barat lagi. Itulah kehebatan ahli-ahli muslimat pekomperi. Tahniah kepada semua muslimat pekomperi.

Pekomperi mengucapkan Tahniah kepada semua adik2 PPISMP semester 1 kerana persembahan Dikir Barat yang amat menarik. Pekomperi sendiri amat kagum dengan kesungguhan dan komitment yang diberikan. Sekalung tahniah daripada pekomperi kepada adik2 semua.


Assalamualaikum


Salah satu pose istimewa Pengerusi Pekomperi Bersama Tempo Light Pekomperi. Tempo Light ini adalah dibeli sendiri oleh pekomperi. Pekomperi Jgk memiliki Smoke machine. Semua asset ini adalah dibeli menggunakan dana tabung pekomperi sendiri.


Para Pendikir Barat yang amat mantap daripada PPISMP SEM 1. Hebatlah !!