Saturday

maal hijrah


Persatuan Kompang Kontemporari Ipis mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah

tanggal 1 muharam 1430h bakal tiba...
Maal hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi seluruh umat islam kerana ia menandakan 2 peristiwa penting berlaku dalam sejarah umat islam...
yang pertamanya: 1. mengingati penghijrahan nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
yang keduanya pulak: 2. ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid2 seluruh negeri.
ape yang menariknya maal hijrah ni, merupakan hari cuti umum di Malaysia dan ia merupakan permulaan tahun baru hijrah bagi umat Islam...
So,tahun baru....Azam pun baru la ye...=)

KONVO j-Qaf


Alooooo Malaysiaa!!kami kembali lagi setelah lame bercuti sekolah!xnyempat2 nk naip blog cti2 nih..haa..skang ktorang nk share satu lg pengalaman yg menyeronokkan tyme cuti sekolah aritu.Ktorang telah diundang oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk membalon kompang dan buat persembahan gamelan dan angklung pada majlis Konvokesyen j-Qaf Ambilan 2007 di Dewan Sri Siantan,Putrajaya.

Skali lagi pengorbanan ktorang dimusim cti skolah ni.cam besela..pulang lewat kerumah smate2 jalankan tanggungjawab as ahli PEKOMPERI.TP..keizinan mak bapak telah ktorang dapat..

Seawal pagi,dengan berlindungkan embon dingin dikeheningan pagi,kami telah bersiap2 utk p ke tempat kejadian.Alatan gamelan kami angkot nek bus mktb yg besaq tu..keringat abes kami curahkan ngangkot mendealah tu!rsemaken tough!hehe..

Setibanya kami disana,kami setting tempat tok alatan gamelan n tros wat latihan bio xkekok tyme wat persembahan nanti.Konvo yang dijalankan ini diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu dari 18-20 November 2008 tp rehearsal diadakan pada 17 nov..Jeng!jeng!jeng!hari yang dinantikan telah tiba.Tibalah masanya kami menunjukkna bakat y telah kami kompol bermain gamelan dan kompang pada majlis konvo ni.Dengan berbekalkan semangat bermain kompang ,kami berjalan menuju ke foyer dewan tersebut untuk menyambut VIP pada majlis tersebutdari hari 1st till last day konvo berlangsung.After membalon kompang,cepat2 kami kedewan konvo utk membuat persembah gamelan n angklung pulok.Banyak lagu kami mainkan pda persembahantersebut antaranya ialah mohabbatein,uda dan dara,my way and dikir puteri.syok sunggoh!de gak penonton yg terngange hingge mnegluarkan air lioq masing2.huhuii!!punyela dorang ni njoy ngn persembahan ktorang..hee..

Sepanjang hari kami dok dalam kesejukan air-cond kat dewan tu,tibalah mase yg ditunggu2 iaitu…jeng!jeng!jeng!makan time!!sshheeedappp..byk mknn yg dihidangkan.siap leh tapaw lg..hehek!=p.

Haaa!!!bukan stakat main gamelan n makan je,kami pon turut mmbuat kelas tuisyen kat luaq dewan tu.nk taw kelas pe?kelas men angklung yg dihandle oleh sdare wa’a dan ank muridnye terdiri daripada pmain angklung ipis n jpp ipba yg amat amat n teramatla peramahnye!asyik dok amek gambo je kejenye..hehe..kelas ni saje2 dibuat bagi memantapkan lagu mutu bermain angklung tok event ni sambil mengisi masa yg terbuang dok nunggu turn persembahan gemelan kami…seronok!

Pelbagai pengalaman yg manis kami peroleh spnjang konvo tu.pnglmn manis,pahit,masam,payaw,tawaq,sweet sour..sume kami da rse.mende2 tu sume mngajar kamimnjadi lebih kuat dalam mengharungi liku2 idop sbg ahli musik!hahaaa…

Pada hari terakhir persembahan kami disana,kami telah abadikan kenangan kami dengan bergambar beramai-ramain dihadapan bangunan palace of justice…gah sunggoh!kerot2 mata masing2 mnahan cahaya matahari,tp smile ttp maintain maa..huhuuu..=)

Alhamdulillah persembahan pada kali ini berjaya dipersembahkan walaupun de certain lagu yg baru je ktorang studydalam bus on de way p dewan tu..mantap gak la..hehe!Kepulangan kami ke IPIS membawa 6 ribu kegembiraan dan kepuasan karna berjaya dalam persembahan tersebut..jumpe lagi pada event yg lain…wassalam…papai!!!

Thursday

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Alhamdulillah.

Pada 8 Disember 2008 , kita menyambut 'Idul Adha. Satu hari raya yang banyak pengajarannya buat kita. Umat Islam di Mekah al-Mukarramah pada hari itu sedang sibuk dengan urusan kerja-kerja ibadat haji, samada sedang membuat lontaran jamrah aqabah di Mina atau sedang melakukan Tawaf di Baitullah dan Sa'ie atau ibadat-ibadat yang lainnya.

Dan pada tanggal 9 Zulhijjah, mereka berwukuf di Padang Arafah dengan pakaian ihram serba putih melambangkan ketulusan hati, sama-sama menyahut panggilan Ilahi, mengagungkan Allah S.w.t. dan kepadanya berserah diri dengan melafazkan talbiah yang menusuk jantung hati. Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

Bermaksud : " Ibadat Haji itu kemuncaknya ialah wukuf di Arafah. "

Sesungguhnya Aidiladha sama kelebihannya dengan Aidilfitri, betapa tidak, kerana Aidilfitri lebih merupakan hari kemenangan bagi diri individu, yang berjaya menundukkan nafsu selama sebulan. Manakala Aidiladha mengandungi kisah sejarah tiga manusia agung, yang sepatutnya di contohi oleh segenap lapisan masyarakat, terutama para pemimpin, ibu bapa dan para remaja, demi membina sahsiah diri dan seterusnya meraih kecemerlangan demi kecemerlangan.

Tiga manusia agung yang di maksudkan tadi ialah : Nabi Ibrahim sebagai bapa, Hajar sebagai isteri solehah yang bertakwa kepada Allah dan ibu penyayang, mempunyai kesabaran luar biasa yang tiada tolok bandingnya dan seorang lagi ialah Nabi Allah Ismail sebagai anak soleh yang berjiwa takwa, berjiwa tawakal hingga sanggup disembelih oleh bapanya demi menjunjung titah perintah Allah azzawajalla.

Pekomperi ingin mengajak sahabat-sahabat merenung Al-Kausar :1-3,

Bermaksud :" Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhamad) kebaikan-kebaikan yang banyak (didunia dan diakhirat). Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang-orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)".

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman,maksud korban itu bukanlah sekadar terhad kepada menyembelih binatang korban sahaja, bahkan meliputi segala jenis pengorbanan untuk kebaikan masyarakat.

Bertitik tolak daripada ayat ini, hendaklah kita sentiasa memiliki jiwa ingin berkorban di jalan Allah, walau dari sekecil-kecil pengorbanan sehinggalah sebesar-besar pegorbanan. Sesungguhnya, tarbiyah dalam diri perlu ditingkatkan kerana hanya dengan memiliki tarbiyah diri yang utuh mampu melahirkan insan-insan yang sanggup berkorban seluruh jiwanya untuk Islam.

Pekomperi mengucapkan Selamat Menyambut Hari 'Idul Adha.

كل عام وانتم بخير بحلول عيد الاضحى المبارك