Friday
Kompang :: p e k o m p e r i ::
Apa itu Kompang ?
Seni permainan kompang berasal daripada kesenian Arab yang berkembang di kepulauan Indonesia dan akhirnya mempengaruhi kesenian Melayu sejak kurun 13 Masihi. Pada mulanya nyanyian lagu-lagu Arab diiringi oleh permainan kompang yang mirip kepada kompang Arab kerana cara memegang dan memukul sama. Orang-orang tempatan di Tanah Melayu meniru permainan kompang pedagang-pedagang Arab yang menggunakannya untuk menarik orang ramai kepad jualan mereka. Oleh kerana paluan kompang (dufuf) digalakkan dalam budaya Islam maka para pendakwah Arab menggunakannya untuk mengiringi puisi Islam bagi mengembangkannya dan menarik minat masyarakat Melayu tempatan kepadanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan?:
Post a Comment