Friday

Mukaddimah :: p e k o m pe r i ::

Asslamualaikum dan salam sejahtera. Persatuan Kompang Kontemporari adalah salah sebuah persatuan yang amat aktif dan terkenal di Institut Perguruan Islam Selangor.

Tertubuh persatuan ini secara rasminya pada 18 September 2007, iaitu pada hari Isnin, bertempat di Bilik Tarannum Institut Perguruan Islam Selangor iaitu sejurus sebulan selepas tamatnya Kursus Kejurulatihan Kompang (5-19 Julai 2007).

Secara asasnya Persatuan Kompang Kontemporari adalah cetusan idea saudara Mohd Nawawi bin Kandar dan saudara Dzuan Aizad bin Md Noor. Setelah nama-nama terkemuka ini melakukan perbincangan dan bermuzakarah dengan Encik Mohamad Isa Bin Ramlan, Pihak Jabatan Kajian Sosial dan juga Pihak Pengarah Institut Perguruan Islam maka tertubuhlah persatuan ini. Persatuan ini adalah dibawah Jabatan Kajian Sosial.

Pada awalnya, kekuatan ahli persatuan kami adalah seramai 54 orang (20 lelaki,34 perempuan). Pengambilan ahli adalah terbuka kepada semua unit program pengajian di institut ini. Alhamdulillah ramai yang menyertainya dan memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik kepada persatuan.

Pensyarah pembimbing ialah Encik Muhamad Isa bin Ramlan, pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial IPIS (pensyarah muzik) dan juga dibantu oleh Puan Khairul Bariah Binti Haroen(pensyarah muzik).

PEKOMPERI adalah nama rasmi persatuan ini hasil ilham dari pensyarah penasihat persatuan ini. Sememangnya, ia adalah Akronim daripada frasa Persatuan Kompang Kontemporari IPIS. Alhamdulillah, sekarang ini, panggilan PEKOMPERI sentiasa kedengaran dan masyhur seluruh IPIS.

Pada awalnya, penumpuan PEKOMPERI adalah lebih kepada kompang sahaja, tetapi dari hari ke hari persatuan makin maju kedepan dengan wujudnya kumpulan nasyid, angklung, kompang formasi dan juga gamelan. Selaras dengan moto Persatuan Kami iaitu, " BUKAN SEKADAR KOMPANG"



Sekian dari kami,

:: pe k o m p e r i ::

0 ulasan?: