Thursday

Latihan Oh Latihan


Bismillah,

Salam muhibbah buat semua.. ;)
Kepada semua pengunjung blog Pekomperi, selamat datang diucapkan.
Perkembangan terbaru... 1Februari 2009 ni, kami menerima jemputan bagi mengadakan persembahan untuk menyerikan lagi perkahwinan anak Puan Safwah (PEK IPGMKIP)...

Lokasi perkahwinan di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa (IPGMKIP)...
Majlis dijangka bermula pada jam 11Pagi..
Pengantin akan diarak dari simpang pintu masuk simpang Masjid Assyafie, dan dimulakan dengan paluan kompang lagu bertih2,
kemudian disambut dengan selawat dan diarak pengantin dengan lahu IPIS 5...

Setelah perarakan masuk... giliran angklung dan gamelan akan menyerikan lagi majlis ini dan menjadi halwa telinga buat semua tetamu...:)
Antara lagu yang insyaALLAH mungkin akan dimainkan;
1.POT(Pekomperi Opening Tune)
2.Tari Tualang Tiga
3.Uda dan Dara
4.Dikir Puteri
5.Keagungan Tuhan
6.Bunga Rampai
7.Gunung Payung
8.My Way
9.Tanah Pusaka
10.Mohabbatien
11.Lenggang Kangkung
12.AssolatuWassalam
13.Ayat-ayat Cinta (*LAGU BARU)

Semua persembahan daripada kami adalah LIVE dan dimainkan terus secara langsung dengan diringi oleh 'keyboard' yang akan dimainkan oleh pembimbing kami En Mohamad Isa Bin Ramlan..
Berdebar-debar rasanya nak tunggu majlis nih...harap-harap, semoga semuanya dipermudahkan.. InsyaALLAH... salam muhibbah buat semua.. kalau ada kelapangan jemput le saksikan persembahan kami yer...;) jumpe lagi di post yang lain...wassalam

Tuesday

Persembahan Kenduri Puan Mutia

1.AKTIVITI
Kompang Perarakan Pengantin
Kombinasi Persembahan Gamelan, Angklung, Kompang,Keyboard, dll


2.HARI/TARIKH
Ahad (25 Januari 2009)


3.MASA
02.00 petang – 04.00 petang


4.TEMPAT
Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa, IPIS


5.MAJLIS/PROGRAM
Majlis Perkahwinan Khatijah & Ziad (anak Puan Mutiah)


6.TUJUAN
Arak Ketibaan Pengantin
Iringan Muzik Sepanjang Majlis Berlangsung


7.KEANGGOTAAN
14 Lelaki
Sokongan :
-Mohd Syimir (IPBA)
-Muhammad Syukri bin Sapuan (adik Syukur – ahli persatuan)
23 Perempuan
Encik Sumiyami (ganti Encik Isa bin Ramlan)


8.LAGU/RENTAK

Kompang Perarakan :
- Perarakan IPIS 5
- Selamat Datang Marhaban


Persembahan Iringan :
- PEKOMPERI Opening Tune
- Tari Tualang Tiga
- My Way
- Uda dan Dara
- Mohabbatien
- Keagungan Tuhan
- Assolatu Wassalam
- Bunga Rampai
- Dikir Puteri
- Gunung Payung
- Tanah Pusaka


9.PENGANGKUTAN -



10.JURUKAMERA BERTUGAS
Mohd Shafie bin Osman (ahli persatuan)
Tengku Budiman (bantuan)


Disediakan oleh, 25 Januari 2009



(MOHD SHAFIE OSMAN)
Setiausaha,
Persatuan Kompang Kontemporari,
Institut Perguruan Islam Selangor.

Pekomperi @ Putra Jaya





















Hellowww…assalamualaikum sume!kali ni kami nk cite psl pngalamn bermain kompang,gamelan dan angklung pada majlis perkahwinan anak pompuan bekas kakitangan BPG yang diadakan di Dewan Sri Melati,Putrajaya pada 10 Januari 2008 yang lepas.Alaaa…dewan tu terletak bersebelahan ngn dewan tyme ktorang wat persembhan konvo j-qaf baru2 ni..pelagi..kesejukan teros mlanda dek panahan angin econ tu..nek berselirat urat tgn dok bermain gamelan dlm kesejukan ni.huhuii!!

Kali ni,persembahan disertai seramai 37 orang lelaki dan permpuan.Sebelumpersembahan menjelang,pelbagai persediaan lagu –lagu baru telah kami pelajari.Fuh!!!Teramat lah susahnye lagu2 ni.lagu2 lame gitu..seperti bunga rampai,tari tualang tiga..tensen gak la men angklung n gamelan lagu2 baru tu.Tp bertapawkan semangat yg kental,kami berusaha berlatih hingga larut malam taw..mase tok borak2 ngn jiran sebelah bilik pon tpakse ditangguhkan dlu..janji persembahan berjaya!!

Seawal pagi lg kami telah bersiap kedewan besar IPIS utk mengangkut alatan gamelan menaiki bas TATA yg gah meluncur diatas jalan raya.pas penat ngangkot barang2 tersebut,bas pon bergerak ke CHAIYO BISTRO utk brkfast..dgn penoh bersemangat kami mnikmati mknn pagi itu smate2 maukan tenaga yg mencukupi utk persembahan nanti.Setibanya kami didewan seri melati itu,kami tros setting tempat n as usual,wat a lil bit rehearsal to avoid from ketaq nnt.

Before majlis bermula pada jam 11 pagi,kami dihidangkan sekali lagi dengan makanan lunch.pelagii…rezeki jgn ditolak kn?kami pon makan!jejak jam 11 pagi,kami pon start bermain angklung n gamelan n pada jam 1 tghari,kami bermain kompang menyambut kedatangan pengantin.hebat ke paluan kami?ntah laa..insyaAllah hebat!cayuk2!cayuk bistro!!

Lps men puas balon kompang sambil nyanyi lagu ‘selamat datang’ yang riuh dewan itu dek kelunakan suara kami ni hinggakan x bleh berhentibernyanyi..eheh..kami skali lagi mendendangkan para tetamu dengan persembahan gamelan dan angklung diiringi keyboard yang dimainkan oleh ust.Isa hingga tepat jam 4 ptg..fuh!!Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tanpa berlaku kekecohan.

Kami pulang ke IPIS dengan membawa seribu kenangan yg tidak bias kami lupakan…wassalam..


*gambar nanti kami upload

Saturday

Anti Israel


PEKOMPERI mengutuk tindakan Rejim Zionis terhadap saudara2 kita di gaza, Palestin .



Hancur Hancur Hancur Yahudi
Hancur Hancur Hancur Negara Haram Israel
Hancur Hancur Hancur Rejim Kejam Zionis



Ya Allah.. Hanya Pada mu lah kami sembah, dan Hanya pada pada mu lah kami mohom pertolongan.



Selamat Kembali Ke I P I S

Alhamdulillah Semua selamat Sampai ke IPIS. Ada yg naik Moto.Ada yg Naik Bas. Ada yg Ayah Hantar. Ada jugak yang naik kapal terbang.

Tak Kiralah Kenderaan apa pun yang anda naiki untuk sampai ke sini. Yang pasti itu semua adalah asbab sahaja. As sabab Wal Musabbibat. Hakikatnya adalah Allah yang hantar kita semua kesini. Semuanya dengan izin Allah. Dengan Kehendak Allah.

Ok. Azam Baru... Kita Buat baik2, elok2, dan molek2 tahun ini.

Takbir.. Allahuakbar!!!