Thursday

TAHUN BARU 2010 + GERHANA BULAN

Selamat tahun baru 2010 diucapkan kepada semua. Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih maju dalam setiap bidang kebaikan yang kita lakukan. Pada tahun ini 1 Jan 2010 begitu istimewa sekali. Ini kerana pada tahun ini akan berlakunya gerhana bulan separa. So PEKOMPERIAN dan orang ramai boleh melihat gerhana bulan ini bermula jam 1.17 pagi sehingga 5.28 pagi. Kemuncak gerhana dapat dilihat pada jam 3.24 pagi.
Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuh. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!
Bagi umat Islam, Nabi SAW mengajar kita untuk melakukan solat gerhana. Ketika berlakunya gerhana pada zaman Nabi SAW, maka Nabi SAW dan sahabat akan berada di masjid. Semoga kita dapat beramal...

Tuesday

SELAMAT HARI LAHIR EN MUHAMMAD ISA RAMLAN

PEKOMPERI ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada penasihat kami iaitu En Muhammad Isa bin Ramlan yang ke 47 tahun. Semoga Allah panjangkan usia ust dalam iman. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan, nasihat yang tidak jemu-jemu dan sifat ikram ust,umi, munzeer dan famili. PEKOMPERIAN doakan ust dan famili sentiasa dalam naungan Allah ta'ala...Ameen...
23/12/2009




Friday

APA AZAMMU?
Firstly, syukur alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi peluang kepada kita semua untuk membuat ikhtiar membina kehidupan di akhirat kelak. PEKOMPERI ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 1431 H kepada semua. Semoga semua amal kebaikan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu serta menerima taubat daripada kita, hambaNya yang lemah ini.
Sesungguhnya, masa yang telah lalu tidak dapat diundur. Beruntunglah sesiapa yang telah menggunakan masa yang Allah SWT kurniakan pada perkara yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Teringat pula bait-bait dalam lagu Astaghfirullah...untuk renungan kita bersama...
masa muda tak kembali
yang tinggal hanyalah ini
nur hidayahMu ku pinta
istiqamahkan amalan
sucikan zulumatku
redhoi diri ini
agar langkahku menuju
kegerbang syurgaMu...
oooohhh, Ya Allah...
ampuni dosa-dosaku
oooohhh, Ya Allah
sinari sisa hidupku
aku tak sanggup kembali
ke alam lalu...
Astaghfirullah...
ampuni Ya Allah
Astaghfirullah...
ampuni aku...
Ya Allah...
Ampuni...
Ya Allah...
Buat PEKOMPERIAN sekalian, Ust selalu berpesan... kita tak bawa apa-apa pun setelah pergi meninggalkan dunia ini...2 perkara sahaja yang akan kita bawa. Bukan gamelan yang selalu kita ketuk..tidak juga angklung yang kita goncangkan...cumalah iman dan amal yang soleh...Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik lagi... Dan ingat,yang paling penting... Kita sebagai Umat Muhammad ada satu tugas penting untuk bawa manusia kenal pada Allah SWT. Gunakalanlah apa sahaja kelebihan yang kita ada untuk maksud tersebut...Semoga azammu tercapai PEKOMPERIAN...
SELAMAT PAGI CIKGU!!!


PEKOMPERI MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG PENDIDIK



SEMOGA TABAH DALAM MENEMPUHI LIKU-LIKU DUNIA PENDIDIKAN



KAMI DOAKAN KALIAN SUKSES SELALU




KENAGAN BERSAMA TAKKAN KAMI LUPAKAN

KAK YAM - SABAH
KAK PIP - JOHOR (Balik kampung ker)
KAK HUDA - AMPANG
ABG MUS - TAK TAU LAGI
ABG EKY - TAK TAU LAGI
FRIENDSHIP FOREVER

Thursday



EPI BESDAY MR POIE!!!



2nd DECEMBER 1988

PEKOMPERIAN mengucapkan

  • semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki
  • menjadi hamba Allah dan anak yang soleh
  • istiqamah dalam amal kebaikan
  • berjaya dunia dan akhirat

Terima kasih kerana menjadi papa yang baik =)

Wednesday

PERSEMBAHAN ORKESTRA DI MAJLIS PERKAHWINAN ZAID & KET
DEWAN NIK MUHYIDEN MUSA, IPIS
25 JANUARI 2009
Pada kali ini, PEKOMPERI dijemput untuk membuat persembahan orkestranya pula di majlis perkahwinan Zaid & Ket. Pihak keluarga pengantin memilih dewan besar kami sebagai tempat persandingan kedua - dua mempelai. Jadi, kali ini tak perlulah PEKOMPERIAN memunggah barang seperti majlis yang lepas. Namun, agak sedih juga rasanya kerana Ust Isa tidak dapat bersama-sama dengan kami kerana urusan rasmi yang lain. Most of us rasa tak berapa yakin untuk membuat persembahan. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah. Mujurlah Abg Sumi sedia membantu kami. Semasa konsert PEKOMPERI dulu pun Abg Sumi banyak bantu kami. Thanks Abg Sumi =)

Banyak kenangan dan kisah manis yang ingin dikongsikan bersama sepanjang majlis ini berlangsung. Pertamanya, sebelum majlis bermula pihak keluarga pengantin meminta PEKOMPERI untuk mengadakan rehearsal. Kami pun memanfaatkan masa ini sambil membuat latihan orkestra. Abg Sumi begitu komited dengan amanah yang diberi oleh Ust Isa. Beliau sanggup hadir pada malam hari untuk sama-sama membuat latihan bersama PEKOMPERIAN. Cayalah Abg Sumi...

Kisah kedua yang ingin dikongsikan ialah sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan ini, sempat juga PEKOMPERIAN bergambar dengan ahli parlimen Lembah Pantai iaitu Nurrul Izzah Bt Anwar yang hadir bagi memeriahkan majlis ini. Menarik juga bunyinya. Seronok sungguh mereka ni dapat bergambar dengan Yang Berhormat.















Kisah ketiga yang kita boleh share bersama ialah PEKOMPERI ada 2 orang pemuzik jemputan yang diimport khas. Nak tahu siapa? Satunya diimport dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan seorang lagi dari Johor. Yang sebenarnya dari IPBA ni ialah kenalan PEKOMPERI sewaktu bertugas di majlis konvokesyen last year. Oleh kerana kami ialah petugas, jadi kami sempat berkenalan dan beliau ni sangat ramah orangnya. Kebetulan, beliau teringin untuk belajar bermain angklung kerana terpesona melihat persembahan kami pada majlis tersebut. PEKOMPERI pun offer beliau untuk sama-sama membuat persembahan pada majlis ini. Hebat juga kamu ya Shimir menggoncang angklung. Yang seorang lagi ialah adik kepada saudara Syukur. Wah, adik-abang main angklung....


ONE...TWO...PEACE...
















































Tuesday

PEMBUKA TIRAI 2009 PART 3


Direnjis - renjis dipilis, Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur, Disirami air mawar

Jam menunjukkan 2.30 ptg. Kedua mempelai pun tiba di dewan yang diseri indah. 1,2,3n,4...

Selamat datang diucapkan kepada tuan puan

Majlis ini tambah berseri kerana tuan puan

Marhaban ya nurul aini ya....

Marhaban

Ada kisah disebalik menyanyikan lagu kompang perarakan ni. Sebelum berkompang, saudara Dzuan ada memberitahu kami supaya lagu marhaban ni diulang sebanyak 2 kali. Tetapi, oleh sebab ada orang yang membuat persembahan silat di depan pintu masuk, masa untuk berkompang bertambah la lama. At the same time, pengantin tak duduk lagi di pelamin. Jadi, saudara Dzuan beri klu supaya lagu tersebut diulang sekali lagi. Kami semua jadi la confuse pasal lagu ni agak panjang. Then, waktu nak masuk lagu marhaban ini, saudara Dzuan pun cakap enough. Tapi yang berada di barisan depan saja yang dapat information ni. Dipendekkan cerita, adalah one of the PEKOMPERIAN yang menyanyi dengan kuatnya while yang lain semua sudah pun berhenti. Sabar ya saudari Rabiatul =). Kemas dan segak PEKOMPERIAN dalam barisan mengiringi kedua Raja Sehari.


PEKOMPERI sedang membuat persembahan lagu ' Tari Tualang Tiga' nyanyian Saloma daripada filem 'Sumpah Orang Minyak'. Di samping itu, terdapat juga lagu seperti 'Gunung Payung', 'Bunga Rampai', 'Ayat-ayat Cinta' dan banyak lagi. Lagu-lagu international juga dimainkan seperti 'My Way' nyanyian Robbie William 'Mohabbatien' dan 'Kuch-Kuch Hota Hai'. Persembahan yang mantap. Syabas!



Anda yang berada di overseas juga boleh menonton persembahan PEKOMPERI secara live menerusi Tv PEKOMPERI.







PEMBUKA TIRAI 2009 PART 2


Sebelum ke tempat show, sempat juga singgah di restoran Caiyo. Ada yang take heavy breakfast dan ada juga yang minum-minum saje. Biasalah, ada sesetengah orang yang tak selesa makan berat waktu pagi. Nanti ada pula yang meragam perut masa buat show. Nampak selera betul Wan Fitri ni...

















Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami pun tiba dilokasi persembahan. Boleh dikatakan awal kami tiba. Ini kerana Ust Isa pernah berpesan kepada kami semua supaya bersiap sedia lebih awal. " Kita perlu cari mood. Muzik adalah perasaan." Instrument pun dibawa turun dari bas dan masing-masing bergotong royong untuk set-up dan buat arrangement tempat persembahan. Eh, Ust Isa tak perlulah susah-susah. Ust duduk saja biar kami yang buat. All ladies pun tak perlulah susah-susah. Antum semua kan dah bersolek. Cair make-up Maybellin tu. Hhmmm, inilah kelebihan bersiap awal, taklah tergopoh-gapah rite? Cayalah PEKOMPERI, siap sempat buat sound check lagi.