Wednesday

PERSEMBAHAN ORKESTRA DI MAJLIS PERKAHWINAN ZAID & KET
DEWAN NIK MUHYIDEN MUSA, IPIS
25 JANUARI 2009
Pada kali ini, PEKOMPERI dijemput untuk membuat persembahan orkestranya pula di majlis perkahwinan Zaid & Ket. Pihak keluarga pengantin memilih dewan besar kami sebagai tempat persandingan kedua - dua mempelai. Jadi, kali ini tak perlulah PEKOMPERIAN memunggah barang seperti majlis yang lepas. Namun, agak sedih juga rasanya kerana Ust Isa tidak dapat bersama-sama dengan kami kerana urusan rasmi yang lain. Most of us rasa tak berapa yakin untuk membuat persembahan. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah. Mujurlah Abg Sumi sedia membantu kami. Semasa konsert PEKOMPERI dulu pun Abg Sumi banyak bantu kami. Thanks Abg Sumi =)

Banyak kenangan dan kisah manis yang ingin dikongsikan bersama sepanjang majlis ini berlangsung. Pertamanya, sebelum majlis bermula pihak keluarga pengantin meminta PEKOMPERI untuk mengadakan rehearsal. Kami pun memanfaatkan masa ini sambil membuat latihan orkestra. Abg Sumi begitu komited dengan amanah yang diberi oleh Ust Isa. Beliau sanggup hadir pada malam hari untuk sama-sama membuat latihan bersama PEKOMPERIAN. Cayalah Abg Sumi...

Kisah kedua yang ingin dikongsikan ialah sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan ini, sempat juga PEKOMPERIAN bergambar dengan ahli parlimen Lembah Pantai iaitu Nurrul Izzah Bt Anwar yang hadir bagi memeriahkan majlis ini. Menarik juga bunyinya. Seronok sungguh mereka ni dapat bergambar dengan Yang Berhormat.















Kisah ketiga yang kita boleh share bersama ialah PEKOMPERI ada 2 orang pemuzik jemputan yang diimport khas. Nak tahu siapa? Satunya diimport dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan seorang lagi dari Johor. Yang sebenarnya dari IPBA ni ialah kenalan PEKOMPERI sewaktu bertugas di majlis konvokesyen last year. Oleh kerana kami ialah petugas, jadi kami sempat berkenalan dan beliau ni sangat ramah orangnya. Kebetulan, beliau teringin untuk belajar bermain angklung kerana terpesona melihat persembahan kami pada majlis tersebut. PEKOMPERI pun offer beliau untuk sama-sama membuat persembahan pada majlis ini. Hebat juga kamu ya Shimir menggoncang angklung. Yang seorang lagi ialah adik kepada saudara Syukur. Wah, adik-abang main angklung....


ONE...TWO...PEACE...
















































0 ulasan?: