Thursday

KONSERT MUZIKAL PEKOMPERI 2008



LATAR BELAKANG KONSERT MUZIKAL PEKOMPERI 2008

Cetusan idea mengadakan konsert muzikal diilhamkan oleh Encik Mohamad Isa bin Ramlan (Pensyarah Muzik IPIS) pada September 2006. Namun rancangan itu belum terlaksana kerana masih belum mempunyai satu mekanisme yang mampu menggerakkan perancangan tersebut. Bermula dengan pembelajaran kompang dan nasyid untuk tujuan majlis-majlis rasmi di institut, maka akhirnya PEKOMPERI ( Persatuan Kompang Kontemporari) ditubuhkan kerana pasukan ini sering mendapat jemputan untuk berkompang dalam majlis kelolaan BPG seperti majlis konvokesyen di PICC dan sebagainya.

Ahli PEKOMPERI sering bertukar dan bersilih ganti dan akhirnya pada Julai 2007 setelah Kursus Kejurulatihan Kompang Kontemporari Siri I anjuran Unit Muzik Jabatan Kajian Sosial IPIS dijalankan, maka keyakinan di kalangan ahli mulai terbit untuk merealisasikan konsert yang diimpikan. Peserta kejurulatihan kompang terus menjadi ahli PEKOMPERI dan jumlahnya telah mencapai angka 65 orang.


PEKOMPERI bukan sekadar kompang. Ianya merupakan permulaan untuk mewujudkan sebuah okestra yang menggabungkan alat-alat tradisional dan moden. Kini PEKOMPERI telah menggabungkan gamelan, angklung, dan alat-alat muzik moden yang sebahagiannya dibeli sendiri dan juga dengan bantuan pentadbiran IPIS

Di antara penonton yang memenuhi ruang dewan... padat...padat...



JAWATANKUASA PELAKSANA KONSERT MUZIKAL PEKOMPERI 2008


Tuan Haji Amin B. Mohd Rashid
(Pengarah Insitut Perguruan Islam Selangor)

Penasihat
En. Mokhtar B. Adnan ( Ketua Jabatan Kajian Sosial )
En. Mohd Isa B. Ramlan (Pensyarah Jabatan Kajian Sosial)


Pengarah Konsert
Dzuan Aizad B. Mohd Noor (Pismp 2.03)


Timbalan Pengarah konsert
Mohd Khairul Azhar B. Mohd Latif (Pismp 2.05)

Setiausaha
Mohd Shafie B. Osman (Pismp 2.01)


Naib Setiausaha
Afifah Bt. Arifin ( Pismk 6.02 )


Bendahari
Mohd Hafizuddin B. Jamaluddin (Ppprp4t 4.01)


Naib Bendahari
Juliana Jusoh (Pismk 6.02 )


Ajk Persiapan tempat
Nor Amira Bt. Abdul Hadi (Pismp 2.07)


Ajk Publisiti
Salehuddin B. Abdul Wahab (Pismp 2.02)


Ajk Makanan
Nor Naemah Bt. Md. Zahir (Pismp 2.04)


Ajk sambutan
Muhammad Hakim B. Mohd Sharif (Ppismp 3.02)


Ajk Cenderahati & Buku Program
Siti Hajar Bt. Abdul Rahman (Pismp 2.04 )


Ajk Kupon
Mohd Hafizuddin B. Jamaluddin (Ppprp4t 4.01)


Ajk Seranta & Penyiaran
Muhammad Alif Saufwan B. Abas (Ppprp4t 4.03)


Ajk Keselamatan & Parkir
Mohd Helmi Husni Safari (Pismp 2.03)


Ajk Perhubungan Luar
Muhammad Syukur Sapuan (Pismp 2.01)


Ajk Bantuan Am
Mohd Shafie B. Osman (Pismp 2.01)


Ajk Perasmian Konsert
Ahmad Solehin Redza B.Mustahpa Kamal (Pismp 2.01)


Ajk Pengurusan Pentas
Rabiatul Adawiyah Bt. Sa’adon (Pismp 2.04)





PENGISIAN KONSERT

Dalam konsert ini terdapat pelbagai persembahan yang dipersembahkan oleh
:: p e k o m p e r i :: iaitu :

- NASYID
-KOMPANG
-GAMELAN
-KOMPANG FORAMASI
-ANGKLUNG


Disamping itu, ::p e k o m p e r i :: juga dibantu oleh persembahan-persembahan lain yang mantap iaitu :

-TAZKIRAH DINIAH oleh Us. Abdul Rahman Awang Soh.
-PERSEMBAHAN KHAS oleh Anak-Anak Staff dan Pensyarah IPIS
-PERSEMBAHAN SILAT
oleh Persatuan Silat Seni Pesaka Gayong Malaysia IPIS
-PERSEMBAHAN SKETSA oleh Kumpulan Sketsa IPIS


Sewaktu Sesi Latihan dan Rehersal... Cikgu Isa(Baju Hijau) tengah memberi penerangan...


Group Angklung Muslimin.. Segak Berbaju sedondon.. TSHIRT Pekomperi


Pose mahal Naib Pengerusi Pekomperi (Waa)


Waahh... Baca Notasi ke??


Barisan Pemain Angklung Kita.... Macam Nak gi Perang je... tegap2 semua...


Ya...Mari3x...Mari Masuk... Bagi tiket 2x.... Tiket2x...


....???


Persembahan Nasyid Dari PEKOMPERI...


Salah Seorang krew terkemuka(mat) dan salah seorang Pelakon Terkemuka(Leh). thanx you semua yang membantu Pekomperi..jazakallah kepada semua krew!!!



Baik Punya... Konga Man..



MC(Rafee), Hj.Amin(Pengarah IPIS) dan Perasmi Konsert sedang Merasmi Konsert..
Ketuk Gong... Gooongg...


Dif-Dif Kehormat kita....


Pandangan dari atas,,,,, waahh.. Cantik..


Selamat datang diucapkan kepada tuan Puan... Bum.Bum...Bum.. pak...


Persembahan Angklung Live!!! Anti minusone


Barisan Pemuzik Handalan Pekomperi... Dzuan(poyi) , En. Isa, dan Abg Syumi. Sedap3...


Cek Kiah kali ni tampil dengan hot story!PANAASSSS..PANASSS…PISANGG PANASSS..apekah itu??Haa..taw x?baru2 ni,PEKOMPERI julung2 kalinya telah mengadakan grand concert organized by PEKOMPERI.Kekuatan yg telah kami kumpul dari pengalaman2 lalu telah mengajar dan memberi banyak ilmu kpd kami hinggakan kami mendapat kekuatan utk mengadakan konsert ni atas bimbingan dan tunjuk ajar dr pensyarah pmbimbing kecayangan kami,Mr Isa yg macho!


Setelah sebulat suara,kami bersepakat namekan konsert ini as KONSERT MUZIKAL PEKOMPERI bertujuan ingin mendekatkan Islam melalui muzik.Bahawasanya,Nk dijadikan cite..5 bulan b4 Konsert tu berlangsung,pelbagai persiapan telah dibuat.Pemain-pemain setiap bahagian dalamkonsert tu udah pon di sepakati.Masing2 buat latihan bersungguh-sungguh.Kami berlatih hingga larut malam taw…asal de masa free je,xbuleh diusik!PEKOMPERI udah cop utk latihan konsert.Penat gak laa..letey taw..mate da kuyu2 pon still leh balon main muzik lg!idop PEKOMPERI!


Haa..bkn stakat latihan,semua ahli PEKOMPERI telah dilantik sbg AJK kOnsert antaranya AJK persiapan tempat,backdrop,ajk MAKANAN!!,ajk publisti,hadiah dan sebagainya.Kami jugalah peserta pada konsert tersebut.Betapa berdikarinya kami…seronok woo!!byk pengalaman sepanjang persiapan utk mengadakan konsert tersebut.

Pensyarah pembimbing iaitu Mr Isa byk mengajar kami.Ajo nyanyi,ajo amoin kompang,ajo silat,ajo main gamelan…beliaw sunggoh hebat!


As usual,nk buat satu konsert beso mmg kadang kala mendapat kritikandari sebahagian pihak yg xmenyokong bidang muzik ni.Tak pelaa..yg penting??KERJAAAASAMA..Heheh!xla,yg penting NIAT!Niat baik akan menghasilkan mutu kerja yg baik juga.InsyaALLAH..


31 JULAI 2008 hampir menampakkan wajahnyaaa…uwaa!!takot maa..xready sgt pon!beselaa,mcm2 keje kene berehkan.Tp Mr Isa slalu pesan kat kami supaye pandi2 bahagi masa utk menjadi seorang pemimpin yang terbaik!kami pegang kata2nya..Alhamdulillah berhasil.Semua AJK Konsert termasuklah pengerusi majlis,manager penata cahaya,audio dll berjaya menyempurnakan kerja masing2 dibantu oleh en.Sumiyami..staff IPIS,pakar muzik gak tu..hehe!

Sebulan sebelum konsert tu,kami telah membuat rehearsal.Kesemua peserta yg terlibat hadir menjayakan rehearsal tersebut.Antaranya ialah nasyid,kompang,gamelan,nasyid,tazkirah,lakonan dan juga undangan khas nasyid daripada anak-anak staf IPIS!comey2 blake budak2 ni..cam kami jugakkk…=p..Fuh!! 3,4 kali gak la rehearsal tu..siap importpengkrirtik lg..xlain xbukan..Umi n da geng!(Mr Isa’s wife n his child).trime kasih atas kritikan yg membina itu..kami hargainyaa..eemm..rasanya da OK latihan utk konsert ni.sume mcm da xsabo nk perform!!


31 JULAI 2008!!JENG!JENG!JENG!Tibalah waktunya kami menunjukkan hasil usaha kami selama ni kpd org ramai.Penjualan tiket pun laris.Ramai yg hadir memberi semangat.Thanks to IPG yg hadir,IPTA yg attend PLPP yg coming dan sume skali yg haadir pd malam tu termasuklah pelajar IPIS include peniaga2 sambilan di gerai yg disediakan diluar dewan…penuh dewan sampai melimpah ruah keluar dewan.Alhamdulillah..Turut hadir juga Pengarah IPIS,para pensyarah,serta tetamu VVVVVVVVIP yg merasmikan konsert ni iaitu Datin Latifah( PENOLONG HAL EHWAL PELAJARBPG)..


Kami dgn penuh debaran tetapi penuh jugak ngn keyakinan telah berusaha membuat persembahan yang terbaik pada konsert tersebut.Setiap sesi persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.Flash camera pon memancar2 ke mata kami..cam artis seyy..!heheee!!Besh!Semua sesi persembahan dari awal hingga akhirnya berjalan dengan lancar dan meriah dengan celoteh pengerusi majlis yg terkenal di IPIS!Wa caya sama lu lahh…


Akhirnyaaa…!!Fuh!!legaa..habis gak konsert ni.Barulah kami boleh tarik nafas lega.Segala bebanan,pengorbanan serta ujian kami hadapi sepanjang persiapan konsert ini berbaloi dan terbayar dengan kejayaan persembahan pada malam yang berprestij itu!!

Para penonton pulang dengan senyuman puas hati.terserlah keputihan gigi masing2 dengan kelebaran senyuman tersebut.Seronok2!!!Lepas settle kemas dewan,tibalah masa yg dinanti2kan..iaitu..JAMUAN MAKAN!Semua Ajk yg terlibat pd malam tu dijamu dengan hidangan yg meliurkan kami..sedap woo!!makanan ni sponsored by UMI HAJAR.die masak sedap!!we like it!yuummmmy4!!slurrppp..!


After makan,kami pun pulang ke HOTEL BLOK msing2..bermulalah kisah hidup baru kami selepas kejayaan konsert ini.Kami akan berusaha lebih kuat lagi untuk mencapai kejayaan yg lebih pada masa hadapan.PEKOMPERI..Bukan sekadar kompang!!SEKIAN,TERIME KASIH




Wednesday

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Selamat Hari Raya dari Kami Persatuan
Kompang Kontemporari IPIS

:: p e k o m p e ri ::

Maaf Zahir Dan Batin

Tuesday

Aktiviti-aktiviti Persatuan Kompang Kontemporari (PEKOMPERI) 2008

12 Januari
Program Adik Angkat SK Bandar Tasek Kesuma

16 Januari
Persembahan Kompang & Gamelan MPPB Jan 2008


25 Februari
Persembahan Gamelan sempena Penutup Minggu BM


29 Feb – 2 Mac
Kursus Kompang Kesenian Islam, Nur Lembah Pangsun


1 April
Kompang Perarakan Sempena Maulidur Rasul


14 April
Kompang Perarakan & Selawat Watikah Perlantikan JPP


21 April
*Meeting Konsert Kesenian Islam


22 April
Kompang Perarakan Karnival Sukan Rakyat


3 Mei
Kompang Perarakan Hari Sukan Institut


6 Mei
Kompang Perarakan Persaraan Mr. Nagarajan Chelliah


6 Mei
*Perjumpaan Khas dengan Pensyarah Penasihat


16 Mei
Kompang Perarakan & Nasyid Ust Ashaari Pencen


18 Mei
*Meeting Konsert


23 Mei
Kompang Perarakan, Kompang Selawat, Gamelan & Nasyid sempena Konvokesyen IPIS 2008


25 Mei
Kompang & Gamelan Kenduri Rumah Tn. Hj. Mokhtar


23 Jun
Kompang Perarakan Persaraan Ustazah Fadziah & Ustaz Hatta


30 Jun
Kompang Perarakan Sempena Hari Guru IPIS 2008


30 Jun
Kuliah Ust Rahman – Konsep Muzik Dalam Islam


5 Julai
Majlis Perkahwinan di Bandar Seri Mahkota, Nilai


6 Julai
Majlis Perkahwinan di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi


14 Julai
*Meeting Konsert


15 Julai
Perasmian MPPB Julai 2008


17 Julai
Penutupan MPPB Julai 2008


17 Julai
*Meeting Konsert


26 Julai
KONSERT MUZIKAL PEKOMPERI


30 Ogos
Sambutan Malam Ambang Merdeka di Kajang


25 September
Khatam Quran & Iftar Jama’I IPIS


10 Oktober
Majlis Sambutan Aidilfitri IPIS


13 Oktober
Pameran Literasi Bahasa PISMP Sem II 2008

Kompang Formasi :: p e k o m p e r i ::






Apa itu Kompang Formasi?

Kompang formasi adalah satu jenis persembahan yang baru. Persembahan ini menggabungkan keunikan seni paluan kompang Melayu dan kontemporari dan digabungkan dengan seni pergerakan badan ataupun disebut "choreography" dalam Bahasa Inggeris.

Kompang Formasi :: p e k o m p e r i :: diketuai oleh saudara pengerusi persatuan sendiri dan ahlinya adalah dikalangan pelajar-pelajar lelaki pekomperi kerana muslimat tidak sesuai untuk mempersembahkannya.

Kompang Formasi merupakan sebuah persembahan yang bertenaga, agresif dan mempunyai estetika seninya yang tersendiri.




Saturday

Angklung :: p e k o m p e r i ::

























Apa itu Angklung ?


Angklung merupakan alat muzik tradisional yang amat popular di Bandung, Jawa. Angklung merupakan alat muzik yang dibina daripada buluh dengan setiap picnya disusun mengikut skel diatonik muzik barat. Ini menyebabkan repertoire lagu yang lebih meluas dapat dimainkan.

Dalam ensembel angklung, penguasaan tempo yang tepat dan kemahiran pendengaran yang tinggi amat diperlukan kerana seorang pemain pada asasnya hanya memainkan sebuah angklung sahaja( satu bunyi). Permainan angklung ini memerlukan disiplin yang tinggi, persefahaman dan kepekaan di kalangan setiap pemain angklung dalam melaksanakan peranan masing-masing bagi menghasilkan suatu muzik yang indah dan harmoni.









Nasyid & Perkusi :: p e k o m p e r i ::

Kumpulan Nasyid :: p e k o m p e r i ::


Apa itu nasyid?

Perkataan nasyid adalah berasal daripada kata-kata nas yang mursyid. Nasyid pada awalnya telah bermula di tanah arab. Oleh itu, keseluruhan lagu-lagunya terbentuk daripada kaedah qiraat dan taranum Al-Quran seperti mengaplikasikan lagu Rast, Nahwan, Hijaz dan Jiharkah dalam nyanyian lagu nasyid. Lirik-lirik lagu nasyid adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Oleh kerana itu, irama nasyid ini sering dikaitkan dengan irama padang pasir.

Apa itu Lagu dakwah?
Lagu dakwah merupakan lagu yang menggunakan tatacara pengacaraan lagu atau ’skill’ muzik barat dan antarabangsa seperti skill’ muzik Jawa, Afrika, Jepun, China dan lain-lain. Lirik-lirik lagu dakwah ini berunsurkan nasihat yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith. Nasihat-nasihat ini mengandungi unsur-unsur ketuhanan, hukum-hukum Allah, kebesaran-Nya, Kekuasaan-Nya, serta turut menyentuh hal-hal berkaitan pengabdian diri seseorang hamba kepada pemiliknya.


:: p e k o m p e r i :: telah mewujudkan sebuah kumpulan nasyid di bawah organisasinya. Kumpulan nasyid ini dipilih dikalangan ahli-ahlinya yang mempunyai bakat yang diberikan Allah dalam aspek vokal(suara) dan juga percussion(muzik). Kumpulan ini masih lagi baru dan belum lagi mempunyai nama dan sekarang dalam proses mewujudkan identiti untuk kumpulannya. Tetapi di IPIS kumpulan ini lebih mudah dan mesra di panggil kumpulan nasyid :: p e k o m p e r i ::

Kumpulan nasyid dilatih sepenuhnya oleh Pensyarah Muzik Institut Perguruan Islam Selangor(IPIS) , Encik Mohamad Isa Ramlan. Ketua kumpulan nasyid ini adalah Muhammad Azim Bin Nadzam. Walaupun kumpulan ini masih lagi baru tetapi sudah banyak aktiviti yang telah diadakan dan kebanyakannya adalah persembahan-persembahan dalam majlis-majlis rasmi di IPIS.



KUMPULAN NASYID
:: p e k o m p e r i ::



Pensyarah Penasihat/Jurulatih
Encik Mohamad Isa Ramlan





Koleksi Gambar





Barisan munsyideen.. Majlis konvokeyen IPIS 2008







latihan diadakan di bilik tarannum













Cikgu Isa tengah main keyboard








Bakal cover album kami..(tgh tunggu giliran show)











Semuanya serius dalam bekerja dan berlatih vocal








Mendengar nasihat daripada Nur hakim.. Motivasi sebelum show..











En.Isa sedang khusyuk untuk men"set"kan tempo lagu menggunakan metronome











Dari kanan : Fudhail, Aliff, Shahrin, Hakim, Firdaus, Fahmi, Aizad









Firdaus yang amat merdu suaranya.. menenangkan jiwa kita.










poyi(dzuan aizad) sedang testing bonggo baru.










keyboard encik isa.. tak de ni tak sedap..









Semua alatan asas perkusi..









Gandingan konga dan bonggo. Unik.











Kenapa dah boring ke semua ?









Antara yang paling khusyuk dan feel dalam latihan.. Azim.







Gamelan :: p e k o m p e r i ::





Apa itu Gamelan?

Perkataan gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Hal ini kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara dipukul atau ditabuh. Alatan muzik gamelan ini diperbuat daripada perenggu, kayu, besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’ dan permainan muziknya dilakukan secara ensembel. Ia selalunya dimainkan secara berkumpulan dan kebiasaannya ia dimainkan untuk mengiringi tarian, lakonan, nyanyian dan cerita. Namun begitu, persembahan ini juga boleh dimainkan sedara tersendiri.

Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M 1 lagi. Ia dipercayai berasal dari Indonesia dan alat gamelan yang pertama kali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain mula dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alatan yang penting kerana apabila ia dibunyikan, ia menandakan permulaan sesuatu peristiwa atau upacara.

Pada zaman pemerintahan kerajaan Demak di Jawa, muzik gamelan digunakan untuk berdakwah oleh sunan (kiai) kepada orang ramai pada masa itu. Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai muzik etnik yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dimulakan oleh salah seorang Wali Songo yang digelar “Sunan Bonang”. Beliau menghasilkan gamelan yang dinamakan Gamelan Syahadatain dan gamelan ini digunakan untuk berdakwah. Kini gamelan tersebut terdapat di Masjid Demak. Gamelan ini juga pernah dimainkan sekali ketika Maulidur Rasul.

Akan tetapi, terdapat juga alatan gamelan yang serupa dibeberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan Vietnam. Walaupun ia mempunyai nama yang berbeza tetapi bentuk alat serta susunannya adlah seakan sama.

Muzik gamelan di negara ini telah dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa empayar Srivijaya pada kurun ke-14 dan ke-15. Di Malaysia