Saturday

Angklung :: p e k o m p e r i ::

























Apa itu Angklung ?


Angklung merupakan alat muzik tradisional yang amat popular di Bandung, Jawa. Angklung merupakan alat muzik yang dibina daripada buluh dengan setiap picnya disusun mengikut skel diatonik muzik barat. Ini menyebabkan repertoire lagu yang lebih meluas dapat dimainkan.

Dalam ensembel angklung, penguasaan tempo yang tepat dan kemahiran pendengaran yang tinggi amat diperlukan kerana seorang pemain pada asasnya hanya memainkan sebuah angklung sahaja( satu bunyi). Permainan angklung ini memerlukan disiplin yang tinggi, persefahaman dan kepekaan di kalangan setiap pemain angklung dalam melaksanakan peranan masing-masing bagi menghasilkan suatu muzik yang indah dan harmoni.









0 ulasan?: