Saturday

Nasyid & Perkusi :: p e k o m p e r i ::

Kumpulan Nasyid :: p e k o m p e r i ::


Apa itu nasyid?

Perkataan nasyid adalah berasal daripada kata-kata nas yang mursyid. Nasyid pada awalnya telah bermula di tanah arab. Oleh itu, keseluruhan lagu-lagunya terbentuk daripada kaedah qiraat dan taranum Al-Quran seperti mengaplikasikan lagu Rast, Nahwan, Hijaz dan Jiharkah dalam nyanyian lagu nasyid. Lirik-lirik lagu nasyid adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Oleh kerana itu, irama nasyid ini sering dikaitkan dengan irama padang pasir.

Apa itu Lagu dakwah?
Lagu dakwah merupakan lagu yang menggunakan tatacara pengacaraan lagu atau ’skill’ muzik barat dan antarabangsa seperti skill’ muzik Jawa, Afrika, Jepun, China dan lain-lain. Lirik-lirik lagu dakwah ini berunsurkan nasihat yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith. Nasihat-nasihat ini mengandungi unsur-unsur ketuhanan, hukum-hukum Allah, kebesaran-Nya, Kekuasaan-Nya, serta turut menyentuh hal-hal berkaitan pengabdian diri seseorang hamba kepada pemiliknya.


:: p e k o m p e r i :: telah mewujudkan sebuah kumpulan nasyid di bawah organisasinya. Kumpulan nasyid ini dipilih dikalangan ahli-ahlinya yang mempunyai bakat yang diberikan Allah dalam aspek vokal(suara) dan juga percussion(muzik). Kumpulan ini masih lagi baru dan belum lagi mempunyai nama dan sekarang dalam proses mewujudkan identiti untuk kumpulannya. Tetapi di IPIS kumpulan ini lebih mudah dan mesra di panggil kumpulan nasyid :: p e k o m p e r i ::

Kumpulan nasyid dilatih sepenuhnya oleh Pensyarah Muzik Institut Perguruan Islam Selangor(IPIS) , Encik Mohamad Isa Ramlan. Ketua kumpulan nasyid ini adalah Muhammad Azim Bin Nadzam. Walaupun kumpulan ini masih lagi baru tetapi sudah banyak aktiviti yang telah diadakan dan kebanyakannya adalah persembahan-persembahan dalam majlis-majlis rasmi di IPIS.



KUMPULAN NASYID
:: p e k o m p e r i ::



Pensyarah Penasihat/Jurulatih
Encik Mohamad Isa Ramlan





Koleksi Gambar





Barisan munsyideen.. Majlis konvokeyen IPIS 2008







latihan diadakan di bilik tarannum













Cikgu Isa tengah main keyboard








Bakal cover album kami..(tgh tunggu giliran show)











Semuanya serius dalam bekerja dan berlatih vocal








Mendengar nasihat daripada Nur hakim.. Motivasi sebelum show..











En.Isa sedang khusyuk untuk men"set"kan tempo lagu menggunakan metronome











Dari kanan : Fudhail, Aliff, Shahrin, Hakim, Firdaus, Fahmi, Aizad









Firdaus yang amat merdu suaranya.. menenangkan jiwa kita.










poyi(dzuan aizad) sedang testing bonggo baru.










keyboard encik isa.. tak de ni tak sedap..









Semua alatan asas perkusi..









Gandingan konga dan bonggo. Unik.











Kenapa dah boring ke semua ?









Antara yang paling khusyuk dan feel dalam latihan.. Azim.







1 ulasan?:

MOHD AFIQ said...

kenapa muka solo nasyid utama macam terkejut je. Terkejut tengok sapa la tu agaknya ye