Wednesday

KOMPANG PERARAKAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU KPLI AMBILAN JANUARI 2010




Pada 19 Januari 2010 bersamaan hari Selasa, Pekomperi telah menerima jemputan untuk membuat persembahan kompang perarakan dalam Majlis Perasmian Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI Ambilan Jan 2010. Majlis ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Alimuddin bin Hj. Mohd Dom. Majlis kami bergerak ke tempat perasmian pada jam 7 pagi dengan menaiki bas IPGM Kampus Ilmu Khas. Majlis bermula pada jam 8 pagi yang bertempat di Institut Perguruan Guru Kampus Ilmu Khas. Seramai 30 orang ahli parsatuan terlibat dalam persembahan kompang perarakan tersebut. Kami diminta untuk mengarak dan memalu kompang bagi menyambut ketibaan tetamu kehormat di pintu masuk kampus dan juga ketibaan masuk tetamu kehormat di pintu dewan majlis tersebut diadakan. Bagi majlis ini,kami telah memalu beberapa buah lagu ciptaan Pensyarah Penasihat kami, En. Mohammad Isa Ramlan iaitu marhaban selamat datang dan Ipis 5 bagi sesi 1 dan bagi sesi 2 lagu ‘B’ Ipis 5. Selesai perarakan kompang, kami diberi pelepasan untuk aktiviti bebas sementara menunggu selesainya majlis perasmian tersebut. Kami bergerak pulang ke kampus pada jam 11 pagi dengan menaiki bas IPGM Kampus Ilmu Khas.

0 ulasan?: