Saturday

Gamelan :: p e k o m p e r i ::





Apa itu Gamelan?

Perkataan gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Hal ini kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara dipukul atau ditabuh. Alatan muzik gamelan ini diperbuat daripada perenggu, kayu, besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’ dan permainan muziknya dilakukan secara ensembel. Ia selalunya dimainkan secara berkumpulan dan kebiasaannya ia dimainkan untuk mengiringi tarian, lakonan, nyanyian dan cerita. Namun begitu, persembahan ini juga boleh dimainkan sedara tersendiri.

Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M 1 lagi. Ia dipercayai berasal dari Indonesia dan alat gamelan yang pertama kali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain mula dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alatan yang penting kerana apabila ia dibunyikan, ia menandakan permulaan sesuatu peristiwa atau upacara.

Pada zaman pemerintahan kerajaan Demak di Jawa, muzik gamelan digunakan untuk berdakwah oleh sunan (kiai) kepada orang ramai pada masa itu. Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai muzik etnik yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dimulakan oleh salah seorang Wali Songo yang digelar “Sunan Bonang”. Beliau menghasilkan gamelan yang dinamakan Gamelan Syahadatain dan gamelan ini digunakan untuk berdakwah. Kini gamelan tersebut terdapat di Masjid Demak. Gamelan ini juga pernah dimainkan sekali ketika Maulidur Rasul.

Akan tetapi, terdapat juga alatan gamelan yang serupa dibeberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan Vietnam. Walaupun ia mempunyai nama yang berbeza tetapi bentuk alat serta susunannya adlah seakan sama.

Muzik gamelan di negara ini telah dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa empayar Srivijaya pada kurun ke-14 dan ke-15. Di Malaysia









1 ulasan?:

LousHer said...

Sape2 yg berminat nak blaja main peking,find me..Nk cri pemain2 terlatih tuk main ganti2 k ayu n me..Peking2x!! Chayok2!! ^_^