Tuesday

KURSUS ASAS NASYID 2009




TEMPAT
Dewan Nik Muhyidin Musa

TARIKH
13, 14, 15 Februari 2009

PESERTA
45 orang




Kursus ini dibuka kepada mana-mana pelajar lelaki IPGM yang berminat utk mendalami dan mendapatkan pendedahan tentang asas-asas nasyid. Alhamdulillah, kursus ini telah mendapat sambutan yang baik dari batch PISMP sem 3, PISMP sem 1 dan juga PPISMP sem 2.

Dalam Kursus ini peserta-peserta diberi kesedaran tentang niat kita belajar nasyid. Betulkan niat. Menurut Encik Isa, Pensyarah Penasihat Pekomperi, Nasyid ini adalah dakwah infiradi. Kita menggunakan pendekatan muzik dan nyanyian ini untk mendekati manusia dan menyampaikan ayat-ayat kepada mereka.

Kursus ini menekan kepada 2 aspek asas iaitu, vokal dan perkusi. alhamdulillah,, setelah berkursus, perubahan yang drastik dan berkesan dapat dilihat dalam persembahan-persembahan setiap kumpulan. Setiap kumpulan sudah memahami tentang tempo nyanyian, corak irama rentak perkusi, asas teori harmoni, dan juga beberapa skill asas.

Penerangan tentang asas nasyid disampaikan oleh, En Mohamad Isa Ramlan. Penarangan mengenai Asas Vocal di kendalikan oleh En Mahayuddin , Pensyarah Muzik UPSI dan Saudara Nur Hakim Bin Mohd Noor, Ahli Pekomperi. Manakala pendedahan berkenaan tentang asas perkusi disampaikan oleh Saudara Mohd Zaidi Bin Mohd Nawawi iaitu salah seorang daripada ahli Pekomperi.

Diharapkan para peserta semua akan dapat menggunakan ilmu dan asas-asas ini untuk mengembangkannya di sekolah-sekolah seluruh malaysia nanti. tatkala kita PBS dan Praktikum nanti, itulah masanya kita diminta untuk mengajarkan ilmu ini. So, Keep it up :D

0 ulasan?: