Monday

MAKLUMAN TERKINI


1) MAJLIS BERSAMA TIMBALAN PENGARAH IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Bersempena dengan pertukaran Tn Hj Sasman Bin Hj Yasir, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam ke IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, satu majlis bersama beliau akan diadakan seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 8 Julai 2009

Hari : Rabu

Masa : 9.30 malam

Tempat : Dewan Besar Nik Muhyideen Musa


Sehubungan dengan itu, ahli Pekomperi diminta untuk menghadirkan diri di dewan besar pada 7 Julai 2009 (selasa) pada pukul 9.30 malam bagi mengadakan pemilihan lagu dan latihan.

Pihak Okestra Tradisional Pekomperi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Timbalan Pengarah di atas kerjasama yang telah diberikan kepada kami dan kami mendoakan agar Allah memberkati kehidupan Tuan Timbalan, keluarga dan seluruh umat Nabi SAW...


2) HARI Q

Apa tu hari Q??? Tak pernah dengar pun??? Emmm....untuk pengetahuan Pekomperianz semua, Hari Q ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan di IPG kita. Tujuan ianya diadakan adalah untuk menghargai para bakal guru di IPG kita yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka.mmmhhhh,,,best tu...Justeru, Pekomperianz semua dijemput untuk mengadakan persembahan di dalam majlis tersebut.Butiran lanjut-

Tarikh : 27 Julai 2009

Hari : Isnin

ishhh....musykil ni.macam mane kalau POIE yang naik pentas ambil AWARD tu...siapa plak yang nak ketuk simbal...

TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK BERKAT DALAM BELAJAR:

1. KEKALKAN WUDU'

2. SOLAT TAHAJUD

3. RAJIN BERPUASA

4. SUGI

5. HORMATI PENSYARAH

Yang pastinya...hakikat ilmu yang sebenar adalah apabila seseorang itu dapat mentaati perintah-perintah Allah, menjauhi larangan Allah, semakin dekat dengan Allah, mengetahui perintah Allah setiap masa dan keadaan dan semakin tawadu' kepada Allah. Ibarat kata pepatah " ikutlah resmi padi, semakin tunduk pabila semakin berisi"
semoga kita semua dapat 'amal dan sampaikan, insyaAllah.


3) MAJLIS PENUTUPAN BULAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN SERTA PROGRAM HELWI

Butiran adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 31 Julai 2009

Hari : Jumaat

Pihak exco memberi penghargaan kepada Okestra Tradisional Pekomperi untuk mengadakan show khas pada malam tersebut...


4) MAJLIS PERKAHWINAN DI SELAYANG

" menjeling menjeling kubertentang...

mata kita sama memandang..."

" ACE----- C B A EG#B------ E F E ACE----- C B A EG#B---- EECCBB ACE---"

slamat....pengantin baru...slamat berbahgia...slamat ke anak cucu...slamat sejahtera...

well,,,pekomperianz semua, kali ini kita akan ke Selayang pula insyaAllah untuk menjamu nasi minyak...nasi minyak???baru-baru ini, Ust Isa telah menerima tempahan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu). semua pekomperianz diminta ready ya untuk trainning.

0 ulasan?: