Sunday

PEMBUKA TIRAI 2009 PART 1



Sesi P&P baru sahaja dibuka. Namun dalam kesibukkan mengemas bilik asrama dan persiapan dalam menghadapi semester baru ni, PEKOMPERI telah menerima undangan untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan di Putrajaya. Maknanya, lebih kurang 5 hari saja masa untuk membuat latihan orkestra. Memandangkan kerja-kerja projek masih belum diterima lagi, so tidak menjadi masalah kepada PEKOMPERIAN untuk menghadiri latihan.

Lokasi untuk membuat persembahan ialah di Dewan Melati 2, Presint 3, Perbadanan Putrajaya. Kiranya kami agak familiar dengan tempat ni. Kebiasaannya pihak BPG akan mengundang PEKOMPERI untuk membuat persembahan orkestra dalam majlis-majlis konvokesyen yang diadakan.

" berat sama dipikul , ringan dijinjing sama "

Itulah kerjasama yang dapat digambarkan antara ahli-ahli PEKOMPERI. Tak kira junior atau senior, semuanya akan sama-sama memunggah alat-alat gamelan, perkusi dan angklung untuk dibawa ke tempat show. Waktu-waktu ni, Abg Poie kite yang paling busy. Nampak kan gambar sebelah ni ada orang bawa kertas. Dialah orangnya yang akan check semua alat-alat muzik sudah cukup untuk dibawa. Selalunya asisstant Poie ni Achik la.

Sebelum kami bergerak, Ust Isa beri briefing tentang perjalanan majlis yang akan berlangsung. Beliau selalu memberi nasihat kepada semua PEKOMPERIAN agar dapat menjaga akhlak dan membuat perembahan yang terbaik. Lebih seronok lagi, bila tiba waktu solat kami akan berhenti dan perform our solah. Sempat juga ku menadah tangan mengameenkan doa Ust Bidin agar perjalanan kami mendapat keselamatan.



0 ulasan?: